SEHINGGA kini, pelakon Katie Holmes dan Jamie Foxx masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.
Menurut laporan berita US Magazine, kedua-kedua bintang ini dikatakan telah bersepakat menyembunyikan status tersebut daripada masyarakat.
"Mereka ada perjanjian tak akan buka mulut mengenai hal ini kepada media. Katie percaya Jamie akan benar-benar menyimpan rahsia.
"Mereka menghabiskan banyak waktu bersama dan seakan-akan sedang bercinta," kata sumber.
Rata-rata peminat masih tertanya-tanya mengenai status hubungan dua pelakon ini dan pihak media pula menjangkakan pasangan ini akan terus menyimpan rahsia mengenai perkara ini.