PENYANYI Ariana Grande meluahkan perasaan kecewa terhadap sekumpulan peminatnya di laman sosial. Ariana berkata dia berasa sedih apabila ada peminat yang memuat naik foto bersamanya namun tidak memperlihatkan wajah mereka. "Saya seronok berjumpa kamu semua, ini semuanya membuatkan saya bahagia tetapi sedih sebab kamu tak tunjuk wajah dalam foto dan meletak emoji untuk menutup wajah atau berusaha untuk tidak kelihatan dalam foto," tulis Ariana seperti dilapor Just Jared. Perkongsian Ariana di laman Instagram. Ariana menulis luahan tersebut di Instastory kerana mahu menyedarkan peminat bahawa mereka harus mempunyai keyakinan diri dan tidak malu untuk menunjukkan kecantikan masing-masing. Disebabkan kapsyen tersebut, peminat mula mewujudkan tanda pagar #SelfiesForAriana di laman Twitter untuk menunjukkan sokongan kepada mereka yang tiada keyakinan diri.