KISAH percintaan pasangan selebriti Selena Gomez dan Justin Bieber terus hangat diperkatakan peminat meskipun kedua-duanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. Menurut laman People, pasangan ini sering kali dilihat berdua-duaan dan menghabiskan masa bersama. Namun dikhabarkan hubungan mereka kembali goyah kerana ibu Selena iaitu Mandy Teefey masih belum memberi restu. Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, hubungan pasangan ini dingin kerana masalah mereka sendiri dan bukannya berpunca daripada Mandy. Gambar terkini dirakam paparazi memperlihatkan Justin dan Selena menghabiskan masa bersama. "Mereka bergaduh bukan sebab Selena dan ibunya tapi masalah sendiri. Itu yang menyebabkan mereka sekejap putus, sekejap baik. "Tentang restu ibu itu tiada masalah kerana Selena tidak akan membiarkan hubungannya berakhir hanya kerana keinginan ibu. "Justin dan Selena selalu tidak sependapat, tapi jangan terkejut kalau minggu depan mereka berbaik dan mesra semula," kata sumber. Apa yang dimaklumkan sumber itu tidak jauh berbeza dengan hal sebelum ini. Malah, pasangan ini sudah beberapa kali memutuskan hubungan dan tidak lama kemudian kembali menjalinkan hubungan semula.