suria

Lagu Wanna One Kena 'Rompak' Sebelum Lancar

Wanna One kecewa lagu kena rompak. Foto: Allkpop

AGENSI yang menaungi Wanna One iaitu YMC kecewa apabila lagu kumpulan tersebut telah tersebar di laman sosial.

Menurut YMC, lagu Boomerang yang sepatutnya dilancarkan pada 19 Mac ini sudah dimuat naik secara haram di beberapa platform media sosial.

"Bukan lagu Boomerang sahaja, single lain dari mini album 0+1=1 (Promise You) iaitu Gold turut bocor di alam maya.

"Setelah mengetahui tentang perkara ini, kami mencari maklumat individu yang bertanggungjawab menyebabkan lagu tersebut tersebar.

"Kami kecewa dengan tindakan tidak bermoral itu dan merancang untuk mencari sumber yang membocorkan lagu tersebut dan tindakan segera akan diambil," katanya kepada portal Allkpop.

Wanna One

Artikel Lain