AHLI kumpulan EXO, Lay berkata dia tidak mengizinkan anaknya menjadi seorang selebriti. Menurut laporan Allkpop, Lay menerusi temubual bersama Pear Vid ditanya mengenai apakah kata-kata semangat yang ingin ditujukan kepada remaja yang mengidolakan dirinya. Lay menyedari ada remaja yang menjadikan dia sebagai inspirasi untuk bergelar selebriti, namun dia tidak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya. "Saya akan menggalakkan setiap remaja mencapai impian ini, tapi jika anak saya, saya tak izinkan. "Saya lebih suka kalau anak saya nanti menjadi doktor atau peguam dan kalau dia minat bidang seni ini hanyalah sebagai hobi," katanya. Ditanya mengenai bilangan anak yang diinginkan, jawab Lay, "Saya nak lima atau enam orang anak lelaki tapi nak seorang anak perempuan. Bolehlah jadi tempat bermanja".