suria

Baim Wong sorok identiti bakal isteri

PELAKON popular Indonesia mengakui sudah bertemu pasangan yang bakal dijadikan teman hidupnya.

Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 37, berkata, dia merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini.

"Saya yakin tahun ini bakal bernikah, ya, harus segara kerana sudah tua," ujarnya seperti dipetik Kapan Lagi.

Pelakon itu memberitahu dia sudah bertemu dengan seorang wanita yang sesuai, namun belum belum bersedia memperkenalkan kepada umum.

Katanya, dia mengenali wanita istimewa itu menerusi seorang sahabat.

"Sekarang saya rapat dengan seorang wanita dan saya harap doakan jodoh kami ada.

"Saya juga minta ibu bapa saya doakan agar saya berkahwin tahun ini," ujarnya.

Baim Wong

Artikel Lain