suria

Nayeon (TWICE) nyanyi lagu BTS dalam tidur

Nayeon mendedahkan dia pernah mengigau menyanyikan lagu Fire nyanyian kumpulan BTS ketika tidur.

AHLI kumpulan TWICE, Nayeon mendedahkan dia mempunyai tabiat buruk yang sukar dihakis iaitu sering mengigau ketika tidur.

Nayeon berkata, selain bercakap dia juga pernah menyanyi ketika tidur dan keadaan itu pernah disedari oleh rakannya.

Dedahnya lagi, dia juga pernah ditangkap sedang menyanyi lagu nyanyian kumpulan BTS berjudul Fire ketika tidur.

"Pernah sekali saya menyampuk rakan saya yang sedang berbual dalam telefon ketika saya sedang tidur... ia memalukan.

"Itu belum lagi saya ditangkap menyanyi lagu BTS ketika sedang nyenyak tidur dan ia menjadi bahan ketawa rakan-rakan," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Bagaimanapun pengakuan Nayeon mengenai tabiat buruk dirinya itu telah menyebabkan dia dihentam peminat BTS yang menganggap dia sengaja mengada-adakan cerita.

"Jika menipu kita tak akan dapat sorok daripada peminat dan mereka akan korek cerita sebenar!

"Buat apa saya hendak menipu tentang tabiat saya suka mengigau malah saya sendiri tak sedar pun.

"Ia diceritakan oleh orang sekiling saya yang pernah menyaksikan saya mengigau dan menyanyi lagu BTS," katanya.

Nayeon, TWICE, BTS

Artikel Lain