PELAKON Tom Cruise tetap mengirimkan hadiah istimewa kepada anaknya Suri Cruise biarpun sudah lima tahun tidak bertemu. Suri berada bawah jagaan ibunya selepas pelakon filem Mission Impossible dan aktres Katie Holmes berpisah tujuh tahun lalu. Terdapat khabar angin mengatakan Katie melarang bertemu dengan aktor itu disebabkan perbezaan kepercayaan. Bagaimanapun, sehingga kini, aktres berkenaan tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya kepada umum. Seperti dipetik Hollywoodlife, Suri yang kini sudah berusia 12 tahun itu sering mendapat hadiah dari bapanya pada setiap ulang tahun dan perayaan Krismas. Tom berkahwin dengan Katie pada 20016 dan berpisah secara rasmi pada tahun 2012.