KEMUNCULAN semula penyanyi rap Kanye West di Twitter selepas setahun nampaknya mencetuskan kontroversi. Twit Kanye yang memberi sokongan dan memanggila presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai saudaranya mendapat perhatian sehingga menjadi perbalahan dalam kalangan netizen. "Anda tidak perlu bersetuju dengan Tump tetapi orang ramai tidak boleh membuat saya membencinya. "Kami berdua mempunyai tenaga 'naga', dia adalah saudaraku. Saya sayang semua orang. "Saya tidak bersetuju dengan semua yang dilakukan tetapi inilah menjadikan kita individu dan mempunyai hak untuk berfikir secara bebas," tulisnya. Kanye turut memuat naik foto dia memakai topi dengan slogan Trump iaitu Make America Great Again bersama kapsyen we got love. Sementara itu, presiden kontroversi itu turut membalas kenyataan Kanye yang mengucapkan terima kasih atas sokongan suami kepada Kim Kardashian itu. Dalam pada itu, Kanye tidak hanya diserang netizen malah rakan artis serta adik beradik Kim turut tidak setuju dengan kenyataan itu. Antara rakan artis yang berhenti mengikut Kanye di Twitter ialah Justin Bieber, The Weeknd, Ariana Grande, dan kumpulan dari Korea BTS. Manakala adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, dan Kylie juga membuat perkara sama.