PENYANYI Kangnam memerlukan rehat secukupnya selepas terlibat dalam kemalangan lima buah kereta pada Sabtu lalu. Menerusi laporan Soompi, pihak syarikat agensinya memberitahu penyanyi itu sudah membuat pemeriksaan doktor sejurus kemalangan. "Selepas Kangnam membuat pemeriksaan kesihatan di Seoul, dia terus balik ke rumah dan berehat. "Kepala dan lehernya masih lagi sakit disebabkan terhantuk tapi kami rasanya ianya tidak terlalu serius. "Kami juga merancang untuk memastikan kesihatannya kembali pulih seperti sediakala," kata sumber agensi.