BAHARU sahaja dihimpit kontroversi foto bogel, Kim Kardashian kembali menjadi perhatian apabila produk minyak wangi bawah jenamanya didakwa meniru produk lain. Minyak wangi yang dilancar pada Isnin menjadi perdebatan di media sosial apabila didakwa sama seperti botol minyak wangi Jean Paul Gaultier (Classique). Kedua-dua bgotol mintak wangi itu berbentuk badan wanita bogel yang hampir sama, namun Jean Paul Gaultier terlebih dahulu melancarkan produk wangian itu. Botol minyak wangi Kim (kiri) dituduh ciplak botol Jean Paul Gaultier. Menerusi temubual Cosmopolitan, Kim memberitahu dia mendapat inspirasi daripada tubuh patung. Namun, dia tidak menafikan suka dengan botol wangian Jean Paul Gaultier kerana dianggap ikonik dan menghargai tubuh wanita. "Patung adalah sumber inspirasiku, tapi aku juga suka botol Jean Paul Gaultier. Parfum itu sangat ikonik dan menghargai tubuh wanita, tapi inspirasiku adalah patung," katanya.