VOKALIS utama kumpulan GBB iaitu Doori terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke pusat kecantikan pada awal pagi Rabu. Teksi yang dinaiki Doori hilang kawalan menyebabkan ia berlanggar dengan kenderaan lain. Menurut laporan Soompi, Doori tidak mengalami kecederaan yang serius namun jadual kerjanya pada hari kejadian terpaksa ditangguh. "Dia tidak perlu ke hospital sebab tak ada kecederaan yang serius. Tapi jadual kerjanya terpaksa disusun semula. "Namun dia ada pergi ke klinik untuk pemeriksaan sebab ada lebam di badannya," kata sumber syarikat agensinya.