HUBUNGAN cinta di antara Park Yoochun dan Hwang Hana sudah berakhir selepas perkara itu didedahkan oleh rakan terdekat mereka kepada media. Koreaboo melaporkan individu yang enggan dikenali itu turut mengesahkan perancangan perkahwinan pasangan itu juga sudah dibatalkan. Bagaimanapun baik Yoochun atau pun Hana masih mengekalkan hubungan baik dan akan terus menyokong karier masing-masing. "Mereka sudah berpisah dan perkahwinan mereka juga dibatalkan. "Punca perpisahan mereka bagaimanapun tidak diketahui tetapi keputusan berpisah itu dibuat secara bersama," kata sumber tersebut. Pendedahan itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan mereka namun enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan itu kerana ia bersifat peribadi.