FOTO penyanyi Sam Smith mendapat perhatian netizen apabila dia berpenampilan seperti wanita. Menerusi foto itu, Sam hanya memakai jaket berwarna merah hati tanpa seluar. Dia juga memakai kasut tinggi berwarna merah dan berkilat bersama stokin berwarna putih. Foto Sam Smith yang menjadi perhatian netizen. Penyanyi lagu Too Good At Goodbyes juga menulis kapsyen mengajak semua berpakaian berwarna-warni. Bagaimanapun, dia menutup wajahnya dengan kipas lipat yang berwarna pelangi.