suria

Ariana Grande dedah punca perpisahan dengan Mac Miller

Ariana Grande dan Mac Miller mengambil keputusan untuk berpisah selepas dua tahun bercinta.

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan sudah cuba mempertahankan cintanya terhadap Mac Miller selama dua tahun walaupun sedar hubungan itu sudah diambang keretakan.

TMZ melaporkan Arian sudah berasa letih untuk meneruskan hubungan itu dan memilih untuk berpisah tambahan pula orang disekeliling mereka tidak menyukai mereka bersama.

"Ariana dan Mac berpisah pada minggu berlangsungnya Festival Coachella tapi sebenarnya mereka sudah berusaha lama untuk mempertahankan hubungan mereka.

"Ariana cuba bertahan dengan Mac walaupun sedar orang sekeliling mereka bencikan lelaki itu kerana merasakan Mac bukanlah jejaka sesuai untuknya," kata sumber.

Penyanyi lagu Dangerous Woman itu dan Mac mengejutkan peminat apabila mendedahkan percintaan mereka sudah berakhir dalam satu kenyataan dibuat pada 9 Mei lalu.

Ariana Grande, Mac Miller

Artikel Lain