KHABAR angin rumah tangga Victoria Beckham dan David Beckham berantakan dan bakal bercerai kembali menjadi perhatian netizen. Ia menjadi trending di media sosial dan perdebatan peminat-peminatnya yang masih mencari kesahihan berita tersebut. Bagaimanapun, seperti dipetik The Sun, wakil pasangan ini menafikan perkara berkenaan. "Tidak ada perceraian, begitu banyak berita gosip dan palsu di media sosial. Semua ini aneh dan buang masa sahaja," ujarnya. Posting dimuat naik Victoria. Sementara itu, Victoria memuat naik foto bersama anak perempuannya Harper Seven di Instagram. Menerusi kapsyen foto itu, Victoria memberitahu bahawa dia cinta dan rindu suaminya itu. "Morning cuddles x So much love We love and miss u David Beckham, (kami sayang dan rindu kamu David Beckham) " tulisnya. Posting itu turut menerima satu juta tanda suka termasuk David Beckham sendiri. Peminat mendoakan agar khabar angin tentang perceraian yang tersebar itu tidak benar.