suria

Tae Hyun kumpul hutang sejak tinggalkan WINNER

Nam Tae Hyun mendedahkan dia terpaksa menanggung hutang yang banyak sejak meninggalkan kumpulan WINNER.

PENYANYI Nam Tae Hyun mendedahkan kehidupannya kini dikelilingi hutang sejak meninggalkan kumpulan WINNER dan syarikat pengurusannya dua tahun lalu.

Tae Hyun yang memberitahu dia terpaksa menanggung hutang selepas bertindak menubuhkan South Club yang memperlihatkan dia menanggung semua kos bagi aktiviti promosi kumpulan baharu itu.

"Tidak mudah bergerak sendiri dan cuba melakukan semuanya tanpa bantuan orang lain.

"Sekarang saya berdiri sendiri... banyak tanggungjawab perlu saya lunaskan untuk memastikan kumpulan itu berjaya.

"Saya lakukan semua sendiri dari menguruskan kumpulan, memilih lagu, pakaian, gaya dan solekan," katanya.

Tae Hyun bersama anggota kumpulan South Club.

Tambahnya, sebagai ketua kumpulan dia juga turut menanggung semua kos termasuk gaji pekerja dan lain-lain perkara bagi memastikan kelangsungan South Band.

Lebih memeritkan kata Tae Hyun, single pertama kumpulan itu gagal mendapat perhatian pendengar menyebabkan dia mengalami lebih banyak kerugian.

Bagaimanapun kata Tae Hyun, dia tidak berputus asa malah melihat ia sebagai satu peluang untuk melakukan lebih baik selepas ini walaupun terpaksa menanggung beban hutang lebih banyak.

"Saya mohon kepada anda semua sokonglah lagu terbaharu South Club berjudul Outcast.

"Anda akan lihat South Club dengan lebih kerap selepas ini... Kami akan buat lebih banyak persembahan pentas dan kemunculan di televisyen," katanya.

Nam Tae Hyun, WINNER, South Club

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain