suria

Cardi B pernah bimbang kerjaya terjejas kerana hamil

Cardi B

PENYANYI rap Cardi B mengakui pernah berasa takut untuk hamil ketika berada di puncak kerjayannya sebagai penyanyi.

Wanita berusia 25 tahun yang kini sedang hamil memberitahu pihak syarikat rakamannya turut meminta dia merahsiakan kehamilannya itu daripada umum.

"Ramai wanita hebat dan selebriti ternama memiliki anak selepas puncak kerjaya mereka.

"Pada awal kehamilan ramai juga yang mengingatkan saya bahawa ia hanya akan merosakkan kerjaya yang selama ini saya usahakan.

"Malah syarikat rakaman turut meminta saya merahsiakan perkara ini daripada umum," ujarnya yang dijangka bakal bersalin dalam masa terdekat.

Namun, selepas isu kehamilan itu bocor, syarikat rakaman meminta dia untuk berehat dan menyelesaikan proses pembikinan albumnya.

Pihak label tidak mahu Cardi B berasa tertekan dengan berita dan paparazi di Los Angeles.

Bagaimanapun, wanita itu tidak berasa takut dan terus bersemangat untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.

Dia juga berjanji untuk melaksanakan semua kontrak kerja yang sudah dipersetujui sehingga akhir tahun ini biarpun sudah bergelar seorang ibu.

Cardi B

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain