KUMPULAN GOT7 bakal muncul dalam rancangan TV Good Day New York di Amerika Syarikat (AS). Program TV terbesar di New York itu semestinya memberikan platform terbaik untuk kumpulan itu menarik lebih ramai peminat di sana. Perkara tersebut disahkan oleh pengacara Good Day New York iaitu Rosanna Scotto menerusi Twitter pada Rabu. Bagaimanapun, butiran penggambaran dan tayangan untuk sesi temu bual itu belum ditetapkan lagi. Kemungkinan besar mereka akan muncul dalam program itu pada awal bulan Julai. Sebelum ini, kumpulan BTS telah menjadi tetamu jemputan untuk program tersebut.