RASA bersalah tidak dapat menyelesaikan persembahan mereka pada Festival Keluarga Lotte Duty Free 2018, kumpulan Blackpink memberi hadiah kepada peminat. Koreaboo melaporkan Blackpink menyediakan ais krim kepada semua peminat yang hadir pada rakaman program MBC Show sebagai tanda minta maaf kepada mereka. Pada festival itu, persembahan Blackpink tiba-tiba dipendekkan walaupun pengacara memberitahu mereka akan kembali menghiburkan peminat. Bagaimanapun Blackpink tidak muncul semula dan peminat melahirkan rasa kesal dengan kumpulan itu di laman sosial. Peminat yang terharu dengan tindakan Blackpink itu mengucapkan terima kasih kepada kumpulan itu. Pihak penganjuf festival itu turut tampil memohon maaf dan menjelaskan insiden itu bukan kesalahan Blackpink dan bertanggungjawab atas semua masalah yang berlaku.