suria

Didakwa ciplak lagu, Ed Sheeran disaman RM400 juta

Ed Sheeran sekali lagi berhadapan saman atas dakwaan menciplak lagu.

PENYANYI Ed Sheeran sekali lagi berhadapan dengan saman berjumlah AS$100 juta (RM400 juta) atas dakwaan menciplak lagu.

Menurut dokumen saman yang dikenakan terhadap penyanyi itu, lagu Ed berjudul Thingking Out Loud didakwa mirip dengan lagu berjudul Let's Get It On nyanyian Marvin Gaye.

Saman itu difailkan oleh salah sebuah syarikat yang memiliki sebahagian hak cipta lagu itu, Structured Asset Sales.

Pada Ogos 2016, Ed pernah disaman atas dakwaan sama oleh sebuah syarikat yang turut memegang hak cipta lagu Gaye namun kes itu digugurkan tanpa prejudis pada Februari 2017.

Menurut saman itu lagi, lagu yang digubah dan ditulis oleh Ed dan Amy Wadge itu mempunyai melodi, rentak dan teknikal muzik yang sama dengan Let's Get It On.

Thingking Out Loud dilancarkan pada 2016 dan pernah mendapat pencalonan Anugerah Grammy menerusi kategori Rekod Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik.

Let's Get It On digubah oleh Edward Townsend pada 1973 dan hak cipta lagu itu dijual kepada Structured Asset Sales selepas lelaki itu meninggal dunia pada 2003.

Artikel Lain