suria

Festival Muzik K-Wave 3 kembali temui peminat di Malaysia

Festival Muzik K-Wave 3 bakal diadakan pada 18 Ogos depan.

PETALING JAYA: Festival Muzik K-Wave kembali menemui penonton di Malaysia buat kali ketiga hanya selepas tujuh bulan penganjuran konsert sama kira-kira tujuh bulan lalu.

Festival itu bakal menampilkan barisan artis Kpop popular seperti FTISLAND, Exid, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan Boyfriend yang mempunyai pengikut tersendiri dalam kalangan peminat di negara ini.

Wakil penganjur memaklumkan bagi menampilkan kelainan festival itu kali ini diadakan di ruang tertutup sekaligus memberi peluang kepada peminat untuk melihat idola mereka beraksi dengan lebih dekat.

"Apa yang menarik kali ini, sebelum ini selama dua tahun berturut-turut festival muzik ini diadakan di tempat terbuka, kali ini penganjur memilih untuk mengadakannya di stadium tertutup.

"Sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih daripada 120 minit," kata penganjur.

Festival Muzik K-Wave 3 bakal menghimpunkan nama besar artis kpop.

Festival Muzik K-Wave akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 18 Ogos depan pada pukul 8 malam.

Acara itu dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR.

Sementara itu, peminat kpop yang berusia antara 15-17 tahun berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34.

Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan hanya membaya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Jualan untuk orang ramai sudah pun bermula sejak 1 Julai lalu.

Bagi orang awam, tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga dari RM34- RM498. Tiket boleh dibeli menerusi www.mcalls.asia/kwave3.

Artikel Lain