suria

Hubungan Liam Payne dan kekasih sudah berakhir

Liam dan kekasih mengambil keputusan untuk berpisah selepas dua tahun bersama.

PENYANYI Liam Payne dan kekasihnya, Cheryl akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah selepas dua tahun bersama.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka menerusi laman Twitter.

Liam memberitahu keputusan yang dibuat mereka itu amat sukar biarpun masih menyayangi antara satu sama lain.

Malah, Liam juga berharap selepas ini peminat dapat menghormati kehidupan peribadi anak mereka iaitu Bear Grey Payne.

"Saya dan Cheryl ingin mengumumkan bahawa kami mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing-masing.

"Keputusan itu amat sukar untuk kami lakukan. Sebagai satu keluarga, kami masih saling menyayangi satu sama lain.

"Bear adalah dunia kami dan kami berharap anda semua hormat kehidupan privasi dia," tulis Liam.

Pasangan ini mula hidup bersama sejak 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Bear yang kini berusia setahun.

Liam Payne

Artikel Lain