RESTORAN makanan Taiwan milik penyanyi dan pelakon Henry Lau yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul dilaporkan terbakar awal minggu lalu. Restoran yang diberi nama Xiao Zhan pada Isnin lalu ditutup buat sementara waktu bagi proses membaik pulih beberapa bahagian yang mengalami kerosakan. Laman Instagram rasmi restoran berkenaan turut memuat naik video yang memperlihatkan anggota bomba sedang memadamkan kebakaran itu. "Kami menutup restoran buat sementara waktu. Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran itu. Maaf atas kesulitan ini. Kami akan memberi maklumat lanjut dalam masa terdekat," ujarnya menerusi laman sosial itu. Penyanyi lagu Trap dan beberapa kakitangan restoran itu turut berada dalam keadaan selamat. Henry sudah tidak bernaung di bawah agensi SM Entertainment sejak April lalu.