PENYANYI Justin Bieber turut terlibat dalam proses mereka bentuk cincin pertunangannya bersama model terkenal, Hailey Baldwin. Menurut laporan Hollywoodlife.com, syarikat barang kemas Solow & Co Inc telah mendedahkan perkara tersebut. "Dia membantu kami dengan mereka bentuk cincin tersebut dan dia mahu cincin tersebut kelihatan cantik di jari tunangnya. "Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya," kata wakil dari Solow & Co. Syarikat itu banyak menghasilkan barang kemas untuk Bieber sejak 10 tahun lalu. Justin dan Hailey baru sahaja mengikat tali pertunangan dan telah membuatkan semua peminat sentiasa ternanti-nanti akan perkembangan seterusnya.