suria

Kang Daniel (Wanna One) beli rumah untuk ibu

Kang Daniel membeli sebuah rumah untuk ibunya.

PEMINAT melahirkan rasa kagum terhadap Kang Daniel apabila dia mendedahkan menghadiahkan sebuah rumah untuk ibunya.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Wanna One itu turut memberitahu ia adalah perkara paling bermakna pernah dilakukan dalam hidupnya.

Kata Kang Daniel, ketika dia remaja dia seorang yang nakal dan sering bergaduh dengan ibunya namun apabila sudah meningkat dewasa dia mula memahami setiap pengorbanan dilakukan wanita itu.

"Saya pernah ponteng sekolah, melepak dengan rakan-rakan tanpa hiraukan pelajaran sehingga kami ditangkap... Malah saya sering bertengkar dengan ibu.

"Tetapi itu semua dulu dan sekarang saya seorang anak yang baik dan baru-baru ini saya belikannya sebuah rumah," katanya.

Kang Daniel, Wanna One

Artikel Lain