PENYANYI terkenal, Justin Timberlake tampil mempertahankan rakan baiknya, Pink yang terpaksa menundakan konsert yang sepatutnya berlangsung di Sydney. Menurut Justin, Pink tidak sewenangnya membatalkan sesuatu tanpa sebab memandangkan penyanyi wanita itu seorang yang kerja kuat dan berbakat besar. "Maaf, saya terpaksa masuk campur. Awak semua tidak akan jumpa lagi orang yang bekerja keras dan berbakat besar seperti Pink. "Dia sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat peminatnya. Dan sekarang dia sedang menjalani rawatan untuk kesihatannya. Justin meninggalkan komen yang panjang di ruang komen Instagram Pink. "Semoga Pink diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh," tulis Justin menerusi ruang komen Instagram Pink. Sebelum ini, Pink membuat pengumuman terpaksa membatalkan konsertnya yang sepatutnya berlangsung dalam masa terdekat. Pink memberitahu menerusi laman sosialnya, konsert tersebut ditunda atas disebabkan dia mengalami masalah kesihatan. Bagaimanapun, foto Pink dilihat sedang bercuti di kawasan pantai Byron Bay di Australia telah menimbulkan salah faham di kalangan peminatnya. Penyanyi itu juga telah memohon maaf kepada semua peminatnya dan menyatakan dia akan meneruskan konsert itu setelah keadaan kesihatannya kembali normal.