suria

Scott Disick gembira Kourtney Kardashian putus cinta

Scott Disick (kanan) gembira dengan berita perpisahan bekas teman wanitanya, Kourtney Kardashian dengan Younes Bendjima.

BEKAS teman lelaki bintang realiti Kourtney Kardashian iaitu Scott Disick dilaporkan gembira dengan berita perpisahan wanita itu dengan kekasihnya, Younes Bendjima.

E! News melaporkan Scott memang berharap hubungan mereka tidak kekal lama kerana merasakan Younes tidak sesuai dengan Kourtney.

"Scott sangat gembira akhirnya Kourtney berpisah dengan Younes! Walaupun dia kini gembira dengan kehidupannya bersama Sofia tetapi dia tidak gemar melihat bekas teman wanitanya itu bersama lelaki itu," kata sumber. 

Pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata. 

Scott, 35, dan Kourtney bercinta selama 10 tahun dan berpisah tiga tahun lalu namun lelaki itu tidak dapat menerima hakikat dan sentiasa cuba menawan hati kakak kepada Kim Kardashian itu.

Hasil hubungan mereka, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mason Dash Disick, Penelope Scotland Disick dan Reign Aston Disick.

Kini, Scott sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak kepada penyanyi terkenal Lionel Richie iaitu Sofia Richie, 19 sejak September tahun lalu.

Artikel Lain