suria

Bella Hadid bawa The Weeknd ke majlis hari jadi Kylie Jenner

Bella Hadid hadir bersama bekas kekasihnya The Weeknd.

BINTANG selebriti Kylie Jenner menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 dalam sebuah pesta meriah yang dihadiri rakan-rakan baiknya pada Rabu lalu.

Adik Kim Kardashian itu meraikan sambutan ulang tahun tersebut sehari lebih awal daripada tarikh sebenar kelahirannya iaitu 10 Ogos.

Majlis tersebut diadakan di restoran Delilah yang terletak di West Hollywood, Los Angeles.

Pesta itu turut dihadiri beberapa selebriti ternama seperti Travis Scott, Kardashians bersaudara, Scott Disick, Caitlyn Jenner, Jordyn Woods, Cara Delevingne dan Bella Hadid.

Namun, kehadiran adik Gigi Hadid iaitu Bella Hadid yang ditemani bekas kekasih, The Weeknd menjadi tumpuan kamera paparazi.

Kemunculan pasangan itu turut menjadi buah mulut netizen dan mereka dikatakan sering bertemu secara diam-diam.

Bella dan The Weeknd memasuki lokasi dengan wajah gembira dan mengucapkan selamat ulang tahun kepada bintang Life of Kylie itu.

Kedua-dua mereka berjalan dengan diiringi beberapa pegawal keselamatan.

Bella Hadid, The Weeknd

Artikel Lain