suria

Pengarah diserang tuduh BTS buat pembedahan plastik

Kumpulan BTS semakin dikenali di Amerika Syarikat.

PENGARAH Joseph Kahn menjadi sasaran peminat Kpop apabila dia menyelar anggota BTS dengan mendakwa kesemua mereka melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan comel dan seperti wanita.

Joseph yang juga berdarah Korea-Amerika menerusi Twitternya turut menyifatkan tindakan anggota BTS mengenakan solekan sebagai memalukan.

Malah dia turut berkongsi artikel mengenai dakwaan lelaki di Korea Selatan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih feminin.

"Mereka semua melakukan pembedahan plastik. Mereka semua memakai gincu. Ini adalah rupa 'Crazy Rich Asians' kelihatan," tulisnya dengan memuat naik gambar BTS dalam Tweet tersebut.

Tweet Joseph yang mengundang kemarahan peminat BTS.

Peminat yang berang dengan komen itu membidas Joseph yang disifatkan sebagai bersikap kurang ajar.

Lebih membuatkan mereka marah apabila Joseph menggunakan bahasa Inggeris 'rojak' seperti memerli kebolehan penduduk Asia bertutur dalam bahasa itu.

"Asian Americans: Stop Feminizing our men. Asians are macho too. (Berhenti femininkan lelaki kami. Lelaki Asia juga kacak).

"Asians: You no wear lipstick? Why? (Kamu tidak memakai gincu? Mengapa?)," tulisnya.

Joseph adalah seorang pengarah muzik video dan pernah bekerjasama dengan beberapa artis terkenal seperti Taylor Swift, Britney Spears, Katy Perry dan Maaron 5.

BTS, Joseph Kahn

Artikel Lain