AKTRES Lee Bo Young menerusi kenyataan kepada media pada Rabu mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua. Pihak pengurusannya memberitahu, kehamilan tersebut masih pada tahap awal dan pelakon itu akan berehat buat sementara bagi memberi perhatian terhadap kandungannya. "Lee Bo Young sedang hamil anak kedua. Kandungan masih peringkat awal dan buat masa ini tiada sebarang perancangan untuk jadual hariannya. "Buat masa ini dia hanya akan fokus terhadap kehamilannya itu sehingga dia boleh kembali bekerja," ujarnya. Pelakon tersebut bakal muncul dengan drama berjudul Whisper dan Mother yang akan bersiaran di SBS dan TvN. Pelakon tersebut berkahwin dengan aktor Ji Sung pada September 2013 dan menimang cahaya mata pertama iaitu Ji Yoo pada 2015. Sumber: Allkpop