suria

Blake Shelton belum bersedia jadi bapa kerana anak-anak Gwen Stefani

Blake seronok jalani kehidupannya kini.

PENYANYI Blake Shelton memberitahu dia sebenarnya belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, pada awalnya Blake tidak sabar untuk memiliki anak bersama isterinya, Gwen Stefani.

Bagaimanapun, keterujaannya terhenti apabila berhadapan dengan anak-anak Gwen daripada hasil perkahwinan terdahulu.

"Blake mempunyai perasaan berbelah bagi untuk menjadi seorang bapa dan secara tiba-tiba dia buat keputusan belum bersedia.

"Alasannya sebab tak cukup tangan untuk menjaga anak-anak Gwen dan dia seronok dengan kehidupannya kini," kata sumber terdekat.

Blake dan Gwen mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 dan mengambil keputusan berkahwin pada Jun lalu.

Gwen sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik dan pelakon Gavin Rossdale pada 2002 dan dikurniakan tiga orang anak.

Blake Shelton, Gwen Stefani

Artikel Lain