suria

Mel B dapatkan rawatan setelah disahkan hidap masalah mental

BEKAS ahli kumpulan Spice Girl, Mel B memutuskan untuk berehat di pusat pemulihan mental selepas disahkan menghidap penyakit kecelaruan emosi berpanjangan (Post-Traumatic Stress Disorder) pada 9 Ogos lalu.

Penyanyi berusia 43 tahun itu berkata, dia akan mendapatkan rawatan mental selama beberapa minggu di sebuah pusat pemulihan.

"Saya memutuskan untuk mendapatkan rawatan dalam program pemulihan selama beberapa minggu. Saya tahu apa yang patut saya lakukan untuk kebaikan diri saya.

"Enam bulan kebelakangan ini adalah saat yang sangat sukar bagi saya. Saya yang sedang menyiapkan buku berjudul Brutally Honest memerlukan saya kembali mengingati trauma dan masalah yang saya pernah lalui," ujarnya kepada The Sun.

Mel B yang sememangnya dikenali sebagai seorang juri periang dalam America's Got Talent ini sebenarnya seorang yang banyak melalui kisah duka.

Pemilik nama sebenar Melanie Brown ini berkata, masalah mental yang dilalui bukan berkaitan dengan seks atau alkohol.

Namun, dia pasti ada perkara dalam kehidupannya yang membuatkan dia begitu tertekan.

"Saya sangat mengenali diri saya sendiri dan akan menangani masalah ini. Saya juga sudah menjalani beberapa rawatan lain termasuk terapi," ujarnya.

Mel B

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain