suria

Paderi mohon maaf dituduh lakukan gangguan seksual terhadap Ariana Grande

Ariana Grande terima gangguan seksual.

PENYANYI Ariana Grande menerima permintaan maaf daripada paderi yang mengetuai pengebumian Aretha Franklin selepas dituduh menyentuh payudaranya secara tidak sengaja semasa acara tersebut.

Paderi Cahrles Ellis III yang mengetuai acara itu kelihatan menyentuh dua kali payudara Ariana selepas wanita itu memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang yang digelar Queen of Soul itu.

Video yang dimuat naik tetamu yang hadir menjadi tular di seluruh dunia beberapa jam selepas itu dengan hashtag #RespectAriana.

Netizen menunjukkan kemarahan terhadap gangguan seksual yang dilakukan paderi itu.

Sementara itu, Ellis tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan memberitahu dia memeluk semua yang memberi penghormatan terakhir di atas pentas itu.

"Saya memeluk semua artis wanita dan lelaki yang menyanyi pada acara pengebumian lapan jam itu, saya bersalaman dan memeluk mereka, itu yang biasa kita buat di gereja," ujarnya.

Dia memohon maaf kepada Ariana, peminatnya serta seluruh masyarakat yang kurang senang dengan perkara tersebut.

Bagaimanapun, segelintir netizen turut berpendapat penyanyi itu mengayakan pakaian yang tidak sesuai dan terlalu pendek pada majlis tersebut.

Ariana Grande

Artikel Lain