PELAKON dan penyanyi Kim Jong Kook memberitahu dia terdesak untuk berkahwin secepat mungkin dan mempunyai anak. Jong Kook juga berazam sekiranya dia mempunyai cahaya mata dia mahu menjadi seorang bapa penyayang memandangkan dia dibesarkan dalam suasana tegas. "Saya mahu berkahwin. Saya tidak mahu menjadi seperti bapa saya yang tegas dan wanita yang mengahwini saya akan saya layan dengan baik. "Sasaran saya sangat tinggi sehingga rasanya saya tidak akan berkahwin tetapi saya mahu membina keluarga sendiri," katanya ketika muncul dalam program The Cultwo Show seperti dilaporkan Koreaboo. Bercerita lanjut mengenai keluarga impiannya, Jong Kook memberitahu dia mahu tiga orang anak kerana sukakan sebuah keluarga besar. "Sudah agak lama saya membujang tetapi saya masih berharap dapat berkahwin suatu hari nanti. Kalau boleh mahu tiga orang anak," katanya.