AKTRES Korea Selatan iaitu Jun Ji Hyun merupakan salah seorang artis yang mempunyai personaliti luar biasa, malah dia juga pernah mendapat jolokan Nation's First Love pada awal kemunculannya sekitar 1998. Biarpun kini sudah mempunyai dua cahaya mata, pelakon yang kini berusia 37 tahun itu masih kekal menawan dan dikagumi peminatnya. Bintang drama The Legend Of The Blue Sea ini mencuri perhatian pada setiap kemunculannya. Dia yang muncul pada baru-baru ini pada majlis mempromosi sebuah produk ternyata mempunyai aura tersendiri. Biarpun menjagkau usia 40 tahun, dia masih diberi kepercayaan untuk mengayakan koleksi pengantin pereka fesyen terkenal. Bagaimanapun, Jun Ji Hyun yang popular dengan drama My Sassy Girl ini belum bersedia untuk kembali aktif dalam industri lakonan Korea. SUMBER: ALLKPOP