suria

Taylor Swift jual kediaman bernilai RM10 juta

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan baharu sahaja berjaya menjual kediaman mewahnya dengan harga yang tinggi.

Kediaman yang terletak di Beverly Hills itu dijual dengan harga USD$2,65 juta atau kira-kira RM10 juta.

Menerusi beberapa foto yang tersebar kediaman ini memiliki reka bentuk yang moden dan minimalis.

Kediaman Taylor yang dijual.

Seluruh ruang juga direka sangat luas dan terbuka serta mendapat sinar matahari.

Ia turut dilengkapi empat bilik tidur dan lima tandas selain kolam renang dan gudang anggur.

Sebanyak 11 kamera tersembunyi CCTV yang menjaga keselamatan di kediaman ini.

Taylor merupakan artis yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam konsert jelajah di Amerika Syarikat menerusi albumnya Reputation.

SUMBER: Los Angeles Times

Taylor Swift

Artikel Lain