suria

Selena Gomez mengalami kekurangan sel darah putih

Selena dimasukkan ke hospital sejak awal Oktober lalu.

PENYANYI Selena Gomez dimasukkan ke hospital pada awal Oktober lalu akibat mengalami masalah sel darah putih rendah.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, Ketika berada di hospital, dia mengalami gangguan emosi sehingga memutuskan untuk melakukan rawatan.

Bagaimanapun, keadaannya semakin merosok berkemungkinan disebabkan Selena masih menderita penyakit Lupus.

"Bacaan darah putih yang rendah sedikit sebanyak merumitkan untuk menyelesaikan masalah penyakit Lupus.

"Ia boleh menjadi rendah disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan yang digunakan ketika dalam proses rawatan atau pemindahan buah pinggang," kata profesor UCLA, Dr. Maureen MAcMahon.

Sebelum ini, Selena pernah mendedahkan dia sedang berdepan dengan penyakit Lupus pada Oktober 2015 dan dia telah menjalani kimoterapi.

Lupus adalah sejenis penyakit berkaitan dengan imunisasi tubuh manusia. Bukan sahaja pada fizikal, tetapi ia juga membawa pengaruh besar terhadap mental dan emosi.

Selena Gomez

Artikel Lain