PENGARAH urusan YG Entertainment Yang Hyun Suk membuat laporan polis terhadap fitnah yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan Jennie Black Pink. Menerusi kenyataan rasmi YG Entertainment, pihaknya turut membuat tuntutan di balai polis Mapo, Seoul agar penyebar fitnah tersebut menerima hukuman setimpal. "Kami sudah mempunyai bukti dan membuat laporan ke balai polis. Kami akan menuntut siapa yang menyebarkan fitnah di internet itu menjejaskan nama baik kami," ujarnya. Sebelum ini, Yan Hyun Suk dan Jannie dituduh mempunyai hubungan istimewa dan penulis terbabit mendakwa mempunyai saksi mengenai tuduhannya itu. Yang Hyun Suk berkahwin dengan bekas artis di bawah naungannya Kee Eun Joo dan kini memiliki dua cahaya mata. Manakala, Jannie sering terkait dengan gosip-gosip buruk yang boleh menjatuhkann reputasinya. Khabar angin ini boleh menjejaskan projek solonya dan anggota Black Pink yang lain. SUMBER:Allkpop