suria

Justin Bieber serba salah atas apa yang berlaku pada Selena Gomez

Justin berasakan Selena masih mencintainya.

PENYANYI Justin Bieber bimbang sekiranya apa yang terjadi pada kekasihnya, Selena Gomez disebabkan perkahwinannya dengan model, Hailey Baldwin.

Menerusi laporan The Hollywood Gossip, Justin tidak pernah berhenti menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku terhadap Selena.

"Justin tidak akan berhenti menyalahkan dirinya dan dia berasa sedih dengan kejadian yang menimpa Selena.

"Dia juga berasakan Selena masih mencintai dirinya dan turut bimbang perkahwinannya bersama Hailey menjadi punca kepada masalah yang dihadapi Selena," kata Sumber.

Selena Gomez kini sedang menjalani rawatan mental akibat gangguan emosi yang dialaminya.

Selena mula dimasukkan ke hospital sejak beberapa minggu lalu, iaitu tidak lama selepas Justin melangsungkan perkahwinan bersama Hailey.

September lalu, Justin dan Hailey telah mengejutkan peminat dengan melangsungkan perkahwinan mereka secara mengejut di sebuah lokasi rahsia di Amerika Syarikat.

Artikel Lain