KUMPULAN Wanna One mengesahkan bakal mengadakan showcase pada 22 November depan. Menurut laporan Soompi, showcase tersebut akan disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran Mnet dan secara digital di platform media. "Selain tayangan di stesen tersebut, kita juga sedang berbincang untung menayangkan acara ini melalui YouTube CJ ENM dan saluran yang lain juga," kata wakil saluran. Sebelum ini, kumpulan ini sering mengadakan persembahan mereka di saluran Mnet bagi mempromosikan lagu baharu. Wanna One akan melakukan comeback terakhir mereka pada 19 November ini dan baru-baru ini telah memulakan penggambaran muzik video.