PENYANYI Heo Young mengakui dia berasa takut dan sedih selepas kumpulannya iaitu KARA terpaksa dibubarkan pada 2016. Menurut laporan Soompi, Heo Young membuat pendedahan tersebut ketika muncul dalam program siri dokumentari The World That Idols Live In - After Stage pada Ahad. "Daripada ketakutan, saya terus berfikir, 'Apa yang harus saya lakukan?' dan 'Apa yang boleh saya lakukan?'. "Bila saya bersama ahli kumpulan KARA, saya berasa mereka lindungi saya dan ia seakan saya mampu untuk mencapai sesuatu. "Tapi tanpa mereka, saya terfikir adakah saya mampu untuk berdiri di atas pentas lagi dan perkara itu membuat saya rasa sangat sedih," katanya.