PENYANYI rap Cheetah mendedahkan dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang menyerupai wajah pelakon Lee Jong Suk. Menurut laporan Soompi, Cheetah atau nama sebenarnya Eun Young membuat pendedahan tersebut ketika menjadi tetamu di program MBC Every1’s “Video Star”. "Saya kini sedang di lamun cinta. Saya pernah mengajak kekasih datang ke rumah. Apabila saya beritahu ibu yang dia adalah kekasih saya, ibu ingatkan dia patung sedang berjalan. "Kekasih saya itu mempunyai kulit wajah yang cerah dan kurus. Wajah dia seperti Lee Jong Suk," katanya.