suria

Goo Hara tetap teruskan rancangan mengadakan sesi bertemu peminat

Goo Hara mahu mengadakan sesi bertemu peminat biarpun kes dia dan bekas kekasih belum selesai.

PENYANYI dan pelakon Goo Hara memohon maaf kepada peminat yang bimbang dengan isu peribadi dihadapinya.

Menurut laporan Allkpop, Hara akan meneruskan rancangan untuk mengadakan sesi bertemu peminat biarpun kes antara dia dan bekas kekasih masih dalam proses mahkamah.

"Saya mohon maaf menyebabkan peminat bimbang dengan masalah peribadi saya. Saya mengambil masa yang lama untuk bercakap mengenai perkara ini.

"Sokongan dan mesej daripada anda semua yang memberi keyakinan kepada saya dalam situasi ni.

"Saya sangat hargai. Semasa sesi bertemu peminat tahun lalu, saya janji akan lakukannya tahun ini dan saya sudah membuat persiapan," katanya.

Kes keganasan yang melibatkan Goo Hara dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Choi masih belum berkesudahan sejak awal Oktober lalu.

Malah, khabar terbaharu bekas kekasihnya itu kini memberi ugutan untuk menyebarkan rakaman video seks mereka.

Goo Hara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain