suria

Stan Lee pernah rasa malu jadi penulis komik

Stan Lee mengakui pernah berasa malu dengan pekerjaannya itu. Foto Instagrm @therealstanlee

PENCIPTA komik legenda Marvel iaitu mendiang Stan Lee mengakui pernah berasa malu dengan pekerjaannya sebagai penulis komik.

Menerusi laporan Ars Technica dan Liputan6, Stan berasakan perkerjaan yang diceburinya kurang penting berbanding profesion lain.

"Saya pernah rasa malu kerana jadi seorang penulis buku komik sementara orang lain membina jambatan atau jadi seorang doktor.

"Namun, akhirnya saya mula sedar bahawa dunia hiburan juga adalah salah satu hal penting dalam hidup manusia.

"Manusia memerlukan hiburan, saya rasa kalau kita mampu hiburkan orang, itu ertinya kita sudah buat sesuatu yang baik," katanya.

Pengasas Marvel Comics itu meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Dia menghadapi masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menghembuskan nafas terakhir pada Isnin di Los Angeles.

Stan meninggal dunia sehari selepas dia memuat naik gambar di Twitternya yang berpakaian seragam WWII sempena Hari Veteran.

Sebagai penulis terkenal di Marvel Comics, dia dianggap sebagai 'arkitek' kontemporari buku komik.

Antara karektor dari komiknya yang menjadi fenomena termasuk Spider-Man, Hulk, X-Men, Fantastic Four, Doctor Strange dan sebagainya.

Stan Lee, Marvel Comic

Artikel Lain