IKATAN pertunangan penyanyi Paris Hilton dengan Chris Zylka dikhabarkan sudah berakhir. Menurut laporan US Weekly, sumber terdekat pasangan ini memberitahu mereka memutuskan perhubungan tersebut minggu lalu. "Paris mula sedar pertunangan ini bukan takdir dan Chris bukan orang yang tepat, ada beberapa masalah menjadi punca. Bekas tunang mahu Paris Hilton pulang semula cincin. Foto: TMZ.com Dengan berita perpisahan tersebut, ini bererti hubungan mereka hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja. Tidak hanya kisah putus tunang, portal TMZ pula melaporkan Chris mahu menuntut cincin pertunangan yang telah diberikan kepada Paris. Cincin eksklusif itu dianggarkan bernilai AS$2 juta (RM8.4 juta) dan dikatakan harga yang mahal menyebabkan Chris mahu mengambil semula cincin tersebut.