suria

Pamer sikap buruk, Seungri (Big Bang) mohon maaf

Seungri memohon maaf kepada peminat kerana mempamerkan sikap buruk semenjak kebelakangan ini. Foto KOREABOO

PENYANYI Seungri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat berhubung sikap buruknya sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Big Bang itu menerima kritikan hebat daripada peminat selepas dia didakwa bersikap biadap terhadap seorang artis wanita, Sejeong ketika muncul dalam program Salty Sour.

Menerusi program itu, Seungri meminta Sejeong menuang minuman keras kepada lelaki yang dirasakan paling kacak dan ia disifatkan perbuatan kurang sopan dan menghina kaum wanita.

"Saya mohon maaf kerana telah menyebabkan peminat berasa kecewa dengan tindakan saya baru-baru ini," katanya.

Seungri membuat permohonan maaf secara terbuka itu ketika menghadiri program The Youth Arena 2018: The Last Festival yang diadakan pada 17 November lalu.

Seungri, Big Bang

Artikel Lain