suria

Jin (BTS) beli apartmen RM6.8 juta secara tunai!

Jin membeli apartmen mewah secara tunai. Foto ALLKPOP

ANGGOTA kumpulan popular BTS, Jin dilaporkan membeli sebuah apartmen di Hannam The Hill, Seoul yang berharga AS$1.7 juta (RM6.8 juta) secara tunai!

Allkpop melaporkan Jin membuat pembelian itu sekitar Mac lalu dan kediaman mewah itu turut didiami oleh anggota BTS yang lain.

Hannam The Hill terkenal sebagai sebuah kawasan mewah dan antara harga apartmen paling mahal di Korea.

Ramai selebriti dan ahli politik di negara itu tinggal di kawasan tersebut.

Penduduk di kawasan itu juga nampaknya senang dengan kehadiran Jin bersama rakan-rakan BTS di situ yang menyifatkan mereka sangat peramah dan sering menegur jiran walaupun berstatus bintang terkenal dunia.

BTS, Jin

Artikel Lain