suria

Nick Jonas derita diabetes sejak usia 13 tahun

Nick Jonas dedah menghidap diabetes sejak berusia 13 tahun. Foto Instagram @nickjonas

PELAKON Nick Jonas memberitahu pernah menderita penyakit diabetes atau kencing manis sejak berusia 13 tahun.

Nick, 26, berkata separuh usianya bertarung dengan penyakit tersebut dan genap 13 tahun tahun dia mendapatkan rawatan diagnosis.

Menerusi laman Instagram, Nick Jonas berkongsi foto perbezaan tubuh badannya ketika dia berusia 13 tahun yang kelihatan kurus dan gambar terkini.

"Gambar kiri selepas beberapa minggu diagnosis, berat ketika itu hanya 45 kilogram sahaja. Kehilangan berat itu kerana gula dalam darah tinggi," tulisnya.

Nick Jonas berkongsi mengenai penyakit itu di laman Instagram.

Dalam pada itu, tunang kepada Priyanka Chopra ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan insan tersayang yang sentiasa memberi sokongan ketika dia berdepan penyakit tersebut.

"Terima kasih kepada semua peminat atas ayat-ayat istimewa itu, ia sangat bermakna, lebih daripada apa kamu fikir," luahnya.

Sementara itu, Priyanka Chopra turut meninggalkan komen yang menarik perhatian pengikut.

"Semua tentang kamu istimewa, tak kira ada diabetes atau tidak," tulisnya.

SUMBER: E! News

Nick Jonas

Artikel Lain