suria

Lady Gaga jadi gadis penghantar piza, bantu mangsa kebakaran

Lady Gaga mengajak peminat melakukan kebaikan setiap hari. Foto Instagram @queengaga_863 •

PENYANYI Lady Gaga melakukan kerja amal dengan menyerahkan bantuan makanan kepada mangsa kebakaran di California, Amerika Syarikat.

Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi video pendek dalam perjalanan menuju ke lokasi bagi memberi bantuan berupa makanan dan hadiah untuk mangsa.

"Hari ini sangat bermakna kerana ini menjadi hari kebaikan dunia. Saya mengajak anda semua melakukan kebaikan juga meskipun untuk diri sendiri.

"Sekarang ni, saya dalam perjalanan ke lokasi mangsa kebakaran California dan marilah kita bersama-sama melakukan perkara yang baik," katanya.

Selain perkongsian rakaman pendek, pelakon filem A Star Is Born ini turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia membawa piza.

"Piza panas, kopi dan kad hadiah untuk mangsa perlindungan," tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu I'll Never Love Again turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana bertungkus-lumus membantu mangsa yang terlibat.

SUMBER: FOX46

Lady Gaga

Artikel Lain